Wednesday, 5 June 2024

Kita Bukan Hanya Membangun Karier, Tetapi Juga Karakter Kita

ESG Evolve 2022: International Conference & Workshop

Dalam perjalanan membina kerjaya, menemukan kepuasan dalam kesederhanaan adalah kunci. Dengan mengurangkan perkara yang tidak perlu, kita dapat memberi tumpuan kepada apa yang benar-benar penting. 

Ini termasuk membina hubungan yang berkualiti, meningkatkan kemahiran tertentu, atau menambah pengetahuan dalam bidang tertentu. Setiap langkah kecil yang diambil dengan sepenuh hati akan membawa kepada pencapaian yang lebih besar. Percayalah kerana saya sudah melaluinya!

Less is More: Gaya Hidup yang Membawa Keberhasilan

Dalam dunia yang semakin kompleks ini, banyak daripada kita terperangkap dalam pemikiran bahawa lebih banyak adalah lebih baik. Namun, konsep "less is more" menawarkan perspektif yang berbeza. Gaya hidup ini menekankan pada kualiti berbanding kuantiti, dan ia sangat relevan untuk eksekutif muda yang ingin membina kerjaya yang kukuh tanpa mengambil jalan pintas.

Mengelakkan Jalan Pintas

Sikap mengambil jalan pintas sering kali membawa kepada hasil yang cepat tetapi tidak berkekalan. Dalam dunia yang mengagungkan hasil segera, penting untuk diingat bahawa kejayaan yang sebenar memerlukan usaha yang konsisten dan dedikasi. 

Dengan menerapkan prinsip "less is more", eksekutif muda dapat mengelakkan godaan mahupun dugaan untuk mencapai kejayaan dengan cara yang tidak etikal atau melampaui batas. Ini bukan sahaja membina reputasi yang baik, tetapi juga mencipta peluang yang lebih baik di masa hadapan.

Mengapa Less is More Penting?

Gaya hidup "less is more" mengajak kita untuk menyederhanakan hidup kita, mengurangkan perkara-perkara yang tidak penting, dan memberi tumpuan kepada apa yang benar-benar membawa makna dan nilai. Dalam konteks kerjaya, kita boleh memilih untuk memberi tumpuan kepada beberapa tugas utama penting yang dapat memberi impak besar, berbanding menghabiskan masa dan tenaga pada banyak tugas kecil yang tidak membawa hasil yang signifikan.


No comments:

Post a Comment

Rising Above the Noise of Envy

Source: Infografik Pesan Tumbuh dari 30 Juzuk @TENTANGKITA In the journey of life , especially in the professional world, we encounter var...